Sunday, May 12

Warkah buat IBU



Ibu..
Gelaran istimewa buatmu ibu
Buat insan yang telah melahirkanku
Insan yang pernah membesarkanku
Mendidikku..mengajarku
Sehingga diriku menjadi seorang yang berguna..
Ibu..
Kaulah ratu hatiku..
Yang sentiasa dekat di hati ini
Walaupun jauh nun di mata
Ku merasakan dirimu sentiasa di sisiku..
Ibu..
Dirimu bagaikan payung di kala ku kehujanan
Dirimu bagaikan lilin yang menerangi di kala ku kegelapan
Dirimu bagaikan pelangi yang menceriakan di kala hati dalam kehibaan
Ibu..
Sungguh besar pengorbananmu..
Tidak tertulis rasanya untuk menceritakan pengorbananmu
Sejak diriku lahir sehinggalah aku dewasa
Dirimu tidak pernah jemu
Memberi semangat buatku
Memberi nasihat buat pedomanku
Memberi kasih sayang yang tidak terhingga untukku..

Ibu..
Keringat tua tampak jelas di wajahmu
Jelas menggambarkan dirimu banyak menderita
Berkorban untuk anak-anakmu
Namun sedikitpun tiada keluhan di bibirmu..
Tiada kegusaran di wajahmu
Hanya senyuman yang bermain di matamu..
Ibu..
Hanya satu kalimah yang ku ingin ucapkan padamu
Maaf..
Maafkan anakmu ini..ibu..
Andai  pernah berkasar denganmu..
Andai  pernah melukakan hatimu..
Andai  pernah menyusahkan dirimu
Sungguh  banyak rasanye khilaf denganmu..
 Ibu..
Hanya keampunan yang ku pinta
Kerana ku tahu tiada tempat buatku di syurga
Andai tiada kemaafan darimu
Kerana ku tahu syurga seorang anak hanya terletak di bawah telapak kaki ibu
Ibu..
Di saat ku rindu ku titipkan namamu
di dalam doa
Semoga Allah sentiasa melindungimu
merahmatimu
Walau di mana kamu berada..
Ya Allah..sampaikanlah salam rinduku buat ibuku..
Ampunilah dosa-dosanya..
Sayangilah beliau sebagaimana beliau menyayangiku sejak dari kecil..
Amin.

No comments:

Post a Comment