Friday, January 20

cinta


"AKU CINTA KAMU"



Senang bukan kalau nak disebut dan di eja? Tapi, tahukan korang, betapa bermakna dan berharganya perkataan itu kepada seseoarang yang iklas untuk mencintai seseorang itu dengan setulus dan seiklas hatinya.

Orang yang pandai untuk menjaga cinta mestinya akan faham apa yang dimaksudkan dengan cinta, Cinta tidak bermakna kasih dan sayang sahaja, dan cinta juga tidak boleh dikatakan cinta pada diri seseorang itu.


Kebanyakan yang "Terima Kasih" rasakan dan tengok sekarang, ramai yang mengangap jika sudah dapat memliliki seseorang itu, itu tandanya cinta, atau pasangannya itu mengatakan bahawa dirinya mencintai dirimu, Tapi, adakah disebalik perkataan CINTA itu adalah sebenar-benarnya cinta yang sebenar?

Cinta yang betul adalah hanya cinta yang iklas, dan memahami erti pengorbanan demi menjaga hati yang disayangi.





IKHLAS

"Aku mencintai dirimu dengan seiklas hatiku"

  •  Aku mencintai dan menyanyangi hati dan dirimu dengan seiklas hati dan tanpa sebarang paksaan atau penipuan (berlakon). 

  • Aku menerima dirimu dengan seadaanya, aku akan tetap berjanji untuk menjaga dirimu untuk menjadi seseoarang insan yang lebih sempurna dan kejalan yang dirahmati oleh Allah S.W.T.

  • Aku akan cuba untuk seiklas-nya untuk tidak menipu walaupun terpaksa pedih untuk diterima oleh dirimu dan diriku.

  • Aku iklas mencintai dirimu dengan seiklas bukannya terletak pada rupa paras dirimu, bentuk badan, ataupun kekayaan tapi hanyalah HATI yang ada pada dirimu.

  • Aku menyanyangi dirimu tanpa sebarang hasutan nafsu, tetapi untuk menjaga dan mendidik dirimu untuk terus menjadi yang terbaik sebagai seorang isteri/suami yang sah.

  • Aku sedia menerima dan memegang kesemua dosa-dosa mu (untuk lelaki, masa saat akad nikah).

Maksud lafaz semasa akad nikah: "Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”



KESETIAAN

"Aku serahkan semua kesetian diriku pada mu"


  • Walau apa pun yang terjadi, aku tetap disisimu, menemani dan menjadi pengubat rindu, luka, kegembiraan dan juga teman mu di saat dirimu tidur dibuai mimpi diriku :).

  • Cinta ku hanyalah terletak pada hatimu dan hanyalah dirimu yang mampu untuk berikan hatiku untuk terus menyanyangi dirimu.

  • Aku hadir di dalam hidup mu untuk menjaga dan menemani dirimu daripada kesepian dan kekosongan.

  • Engkau terlahir/jodoh untuk hidup bersama ku.



PENGORBANAN

"Aku menyerahkan segalanya kepada dirimu"

  • Aku serahkan segalanya kepada dirimu yang bergelar sebagai suami/isteri untuk ku.

  • Aku akan menjaga dirimu di saat sakit, terluka dan di saat susah atau apa sahaja keaadannya.

  • Menjadi tanggungjawap diriku untuk melakukan sebarang tugas ku untuk memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada dirimu.

  •  Aku akan melakukan segalanya untuk mu wahai sayangku.


No comments:

Post a Comment